Popular Posts

Monday, May 08, 2017

Dakwah fi sabilillah

Maksud Bacaan Solat

Doa Iftitah

Allah maha besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang .Aku hadapkan wajahku bagi tuhan yang mencipta langit dan bumi,dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan musyrik .Sesungguhnya solat q,ibadah q,hidup q, mati q adalah untuk Allah tuhan sekalian alam.Tidak ada sekutu baginya dan kepada ku diperintahkan untuk tidak menyekutukan baginya dan aku dari golongan orang islam.


Al Fatihah
Dengan nama Allah yang maha pemurah bagi maha mengasihani.Segala puji bagi Allah ,Tuhan sekalian alam yang maha pemurah lagi maha mengasihani .Yang menguasai hari pembalasan .Hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami memohon pertolongan Tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka bukan jalan mereka yang engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk.
Maha suci Tuhan ku yang maha besar dengan segala puji pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai tuhan kami bagi engkaulah segala pujian

Bacaan ketika sujud
Maha suci tuhanku yang maha tinggi dan dengan segala puji-pujiannya

Bacaan ketika Duduk diantara Dua sujud
Ya Allah,ampunilah dosa ku dan rahmatilah aku,lindungilah daku ,angkatlah  darjatku,rezekikan daku,berilah aku petunjuk ,selamatkan lah daku dan maafkan lah daku.


Bacaan ketika tahiyar awal
Segala penghormatan dan berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera keatas engkau wahai nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas kami dan atas hamba -hamba allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik bahawasanya Muhamad itu adalah pesuruh Allah.Ya tuhan kami,Selawatkanlah keatas nabi Muhammad.

Bacaan ketika tahiyat akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.Sejahtera atas engkau wahai nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya sejahtera ke atas engkau wahai nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera keatas engkau wahai nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.Sejahtera keatas kami dan atas hamba-hambanya Allah yang soleh.Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.Ya tuhan kami,selawatkanlah keatas nabi muhammad dan keatas keluarganya.Sebagaimana engkau selawatkanlah keatas ibrahim dan keatas keluarga ibrahim.Berkatilah keatas muhammad dan keatas keluarganya sebagaimana engkau berkati keatas ibrahim dan keatas keluarga ibrahim didalam alam ini.Sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha agung.

moga bermanfaat buat anda.




No comments:

Post a Comment